Selasa, 11 November 2014
Hari ni ita masak sayur kapung lagi. Sayur turi, sayur yang kerap emak sediakan untuk makan tengah hari kami sekeluarga. Pokok turi emak yang tanam, kata emak senang kalau tak ada lauk nak masak pucuk turi boleh jadi galang gantinya.
Masa ita kecil ita tak berapa suka jika mak masak turi, kerana daunnya terasa amat pahit bila di makan. Ita cuma makan kuahnya sahaja. Emak kata sayur ni bagus di makan rasanya yang pahit itulah penawar kata emak.
Tapi kini pokok turi di tepi rumah maka di kampung pun dah tak ada lagi. Bapa ita dah tebang ketika kerja pembesaran dapur kami.
Turi yang ita masak ni ita beli di pasar. Kata kakak tu.. turi kampung kerana daunnya agak kerinting sedikit. Ita beli secekak sahaja, cukuplah untuk ita makan berdua. Dalili makan kuahnya aje.. sama macam ita masa kecik-kecik dulu..
Pokok turi, pucuk turi atau pucuk geti, nama saintifiknya Sesbania grandiflora sememangnya tumbuhan semula jadi di Malaysia, Indonesia, Filipina dan India. Ia tahan keadaan kemarau, tanah tidak subur atau bermasalah dan kawasan air bertakung. Lazimnya ia ditanam sebagai sayuran atau sebagai tanaman hiasan. Ada dua jenis pokok turi yang dapat dibezakan melalui warna bunganya. Satu jenis bunganya berwarna putih, yang satu lagi bunganya samar kemerah-merahan. Pokok ini hidup subur di kawasan persekitaran kampung, di tepi-tepi jalan dan di batas padi.
Pucuk turi pula boleh dipelbagaikan masakannya. Namun, perlu diiingat daun turi ini agak pahit. Apa juga juadah yang dihidangkan, perlu dimasak supaya hilang rasa pahitnya. Masak lemak dengan keledek atau lobak merah ataupun dibuat urap sungguh enak sekali.
Dari segi kesihatan, akar, kulit, daun dan bunga turi boleh digunakan sebagai penawar pelbagai jenis penyakit. Tepung akar turi dari jenis pokok berbunga merah boleh digunakan sebagai penuam atau sapuan pada bengkak sendi, lebam-lebam atau sakit akibat terseliuh bagi mengurangkan rasa sakit. Daun pula boleh digunakan dalam kaedah yang serupa. Jus bunga turi boleh digunakan untuk merawat pening kelapa dan hidup tersumbat.
Di Ambon, jus bunga digunakan bagi mengubati mata yang rabun dengan cara memerah jus terus ke dalam mata. Serbuk kulit turi juga boleh digunakan bagi mengubati kudis, jangkitan kulat pada kulit dan ulser mulut serta usus. Di Jawa, tepung kulit pokok turi dijadikan bahan asas persolekan. Ekstrak kulit ini juga boleh digunakan sebagai racun lipas. Cirinya yang paling istimewa ialah kadar pertumbuhan yang amat cepat dan mudah dibiak sama ada secara tampang atau menggunakan biji benih. Boleh hidup sendiri dengan sedikit penjagaan
Rujukan : Dapur Laksamana
TURI MASAK LEMAK KELEDEK OREN
1 ikat daun turi ~ di lurut ambil daunnya sahaja cuci bersih dan toskan
1 biji keledek oren ~ di kupas kulit dan potong kecil
250 ml santan
air secukupnya
1 batang serai ~ di ketuk
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 batang cili padi
1 inc kunyit hidup
1 sudu besar udang kering ~ rendam lembut
2 sudu besar ikan bilis ~ rendam lembut
Masukkan bahan kisar bersama santan, air, serai dan keledek ke dalam periuk dan masak hingga kuah keledek empuk. Senantiasa kacau supaya santan tak pecah
Bila keledek empuk masukkan sayur turi, perasakan dengan garam secukup rasa.
Masak hingga sayur turi lembut
Sedia di hidangkan
Turi Masak Lemak Keledek Oren

Tags :
SAYUR - SAYURAN
Related : Turi Masak Lemak Keledek Oren
Taugeh Goreng Ikan MasinTaugeh adalah hidangan yang kerap kali menjadi pilihan kami sekeluarga sebagai hidangan sampingan. Anak-anak dan suami ita cukup suka kalau ita masak sayur taugeh. Sayur ...
Pucuk Manis dan Keledek Unggu Masak Lemak Kacang HijauHari ini ita masih lagi dengan menu kampung yang tak pernah jemu-jemu di nikmati seisi keluarga. Kali ni ita masak pucuk manis pulak. Pucuk manis ni ita masak lemak puti ...
Masak Lemak Taugeh dan TauhuHari ni ita masak yang mudah dan simple untuk hidangan tengahari.Kebiasannya hidangan yang simple lah yang menjadi kesukaan kami sekeluarga. Janji ada ikan goreng dan sa ...
Peria Telur Asin Berlada sedapnya...!Sebelum ini ita tak pernah makan peria. Selalu dengar orang kata peria tu pahit.. sebab itulah ita pun takut nak mencuba. Macam tu lah kita kan.. sering di momok-momokan ...
Gulai Lemak Pucuk Paku Sambal TempoyakLama juga tak makan lauk kampung. Sesekali beralih selera ke lauk kampung aduh... tak terkata enak dan lazatnya. Di lawankan pula dengan sambal belacan, ikan goreng dan ...