Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Selasa, 06 Januari 2015

Ayam Masak Halia mudah , ringkas dan sedap!


Dah tiga hari demam tak kebah-kebah jugak. Tekak ni terasa semakin perit dan gatal. Bangun pagi hari ni kepala dah mula rasa senoneng.. tak boleh berdiri lama rasa nak rebah aje.. teruskan juga solat walaupun terasa badan seakan melayang-layang..

Walaupun badan tak berapa sihat.. tugas memasak harus di teruskan, kerana ada mulut yang menanti untuk di suap. Tapi masak yang ringkas-ringkas aje.. sebab tak larat nak berdiri lama-lama.. takut pulak pitam nanti.

Ok hari ni ita masak ayam masak halia. Resepi dari Chef Hanieliza dan di kongsikan oleh Yatie. Dah banyak kali nampak Yatie masak lauk ni.. pada fikiran ita mesti sedap sebab Yatie ni kalau sedap dia akan masak berulang kali. Ia menguatkan lagi semangat ita untuk mencuba memandangkan cara memasaknya yang cukup mudah dan simple dan bahan yang minima.


Bila intai dalam peti ais, tengok apa bahan yang ada, dalam keadaan badan yang tak berapa sihat, malas pula nak ke pasar. Bahan tak berapa lengkap, tapi ita tokok tambah bahan-bahan lain yang ada dalam peti. Ita tambah bunga kubis dan putik jagung, biar ada sayur sikit.. jadi tak perlu ita nak masak lauk sayur sebagai sampingan..

Memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup mudah dan ringkas tapi hasilnya cukup enak! anda pun boleh cuba terutamanya mereka yang tidak punya masa yang lama untuk ke dapur.. resepi yang mudah macam ni adalah terbaik untuk di cuba!


AYAM MASAK HALIA
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Yatie

1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan ( ita goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4
1/2 batang carrot ~ potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

5 cm halia
1 labu  bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Ayam Masak Halia mudah , ringkas dan sedap!

  • Ayam Masak Prune sedapnya lah.. aiiiAyam masak prune adalah hidangan yang ita sajikan untuk suami dan anak-anak untuk makan tengahari kami semalam. Ita suka lauk ni kerana pada ita ianya sedap sangat di se ...
  • Ayam Masak Gulai Kawah 3Lauk gulai kawah adalah lauk atau gulai yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gulai yang kebiasannya di masak menggunakan daging atau ayam memang cukup di g ...
  • Nasi Ayam Penyet Paling Sedap! Apa ya maksud di sebalik nama Penyet itu..? Kita ni tahu makan aje.. tak pernah nak ambil tahu kenapa sesuatu makanan itu di namakan sedemikian. Ramai yang menyatakan pe ...
  • Ayam Masak HijauAda yang panggil ayam masak hijau dan ada juga yang mengelarnya ayam sambal hijau. Antara kedua-duanya tak banyak beza dan masing-masing menggunakan ramuan yang sama.Res ...
  • Satay... satay.. mari makan satay...Apa kata malam ni kita pekena satay pulak!Ita suka sangat satay.. Tapi ita tak boleh makan banyak.. Paling banyak ita makan 5 cucuk. Itu pun ita dah tersandar kekenyanga ...