Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Rabu, 07 Januari 2015

Kek Pisang Lembut


Tekak ni bila tak berapa sihat, macam-macam dia nak makan..
Tiba-tiba teringin pulak nak makan kek pisang. Rasa macam lamanya dah tak buat kek pisang.
Pisang yang suami ita beli untuk anak-anak ada lagi berbaki.. diam-diam ita godek jugak sebiji kek pisang.. hihi

Kan tak sihat pergilah berehat..
Rasa macam tak boleh nak dok diam.. tekak ni mengidam macam-macam pulak.. Tapi bila dah buat bukannya makan sangat.. ambil bau pun jadilah..

Ita memang suka makan kek pisang. Baunya yang harum dan teksturnya yang lembut memang membuatkan ita tak pernah jemu menikmatinya..
Anak-anak tak berapa suka.. masing-masing menolak dengan alasan dah jemu hari-hari bau kek dekat rumah.. tak pe..lah biar mak habiskan..


Resepi kek pisang yang mudah di sediakan ini ita ambil dari dapur Sunah Sakura. Melihatkan keknya yang moist tu buatkan ita terpanggil aje nak mencuba. Kek pisang ni sedap.. lembut.. rasanya tak manis sangat walaupun menggunakan gula satu cawan. Cuma kalau kawan-kawan nak cuba ita cadangkan supaya loyang tu guna loyang besar sikit bersaiz 9 inc atau 10 inc. Sebab kalau guna 8 inci ambil masa lama sikit nak masak sebab keknya agak tinggi.
Ita tunggu kek ni masak berejam-jam hingga ita terlelap.. sekali mak aiii.. kelang kabut ita bila terbau kek yang dah mengaruk satu rumah.. mujur tak hangus cuma agak hitam sikit tapi teksturnya masih ok!

Menurut Sunah resepi ini dia ambil dari dapur Kak Kecik Shida dan dapur Ayu Citarasa Rinduan
kemudian di olah semula oleh sunah untuk mendapatkan resepi yang terbaik. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan dan bagaimana cara penyediaan kek pisang ni..


KEK PISANG LEMBUT
Olahan dari : Sunah Sakura


4 biji telur gred A
8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
1 cawan gula kastor atau gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
sedikit garam
 
 
Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata


Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna


Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit butter
Tuangkan adunan ke dalam loyang
Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak. Jika lidi keluar kering maknya kek telah cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Pisang Lembut

  • Kek Minyak lembut dan mulus hasilnya.. sedap!Kek Minyak.. Ramai kawan-kawan yang dah buat kan..?Ita baru berkesempatan nak membuat kek ni.. Kek yang menjadi fenomena di alam maya. Rata-rata ramai yang memuji akan k ...
  • Kek Buah Kukus jimat masa.. cepat, mudah dan ringkas..Kek buah kukus lagi.. kali ini buat khas untuk ibu mertua ita.Sebenarnya ita buat kek ini sebelum ita pulang ke Kota Bahru minggu lalu. Semasa ita pulang dulu, ibu mertu ...
  • Strawberry Choc IndulgenceKek ini ita sediakan untuk insan yang cukup istimewa dalam diri ini.. Tiada yang istimewa selain beliau yang banyak berkorban jiwa dan raga untuk ita.. Berkorban nyawa u ...
  • Kek Asas 3 Kek Span Coklat yang mudahRamai yang bertanya, bagaimana nak membuat kek span asas yang lembut dan gebu..Ita masih setia pada yang satu.. Kek Span Coklat yang di kongsikan oleh sifu ita siapa lag ...
  • Victoria Sandwich CakeAssalamualaikum..Selamat pagi.. dan Alhamdulillah syukur kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini..Minggu baru.. kita hadir juga dengan semangat baru pagi ni.. S ...