Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Selasa, 02 September 2014

Kek Asas 4 Kek Span Vanilla


Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi kek span asas.
Jika sebelum ini ita kongsikan kek span coklat yang lembut, gebu dan mudah di SINI
Hari ini ita kongsikan pula kek span vanilla yang juga mudah, lembut dan gebu.




Kes span asas vanilla biasanya kita gunakan sebagai asas kek. Contohnya jika nak buat kek strawberry , blueberry cheese cake, sebagai dasar kek cheese yang tidak perlu di masak atau juga sebagai dasar  puding kek yang tengah meletup-letup sekarang.

Cara dan kaedah penyediaan kek span vanilla ni sama sahaja seperti kek span coklat anda boleh rujuk cara dan kaedah penyediaan step by step membuat kek span coklat sebagaimana yang pernah ita terangkan di SINI


KEK SPAN VANILLA

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base

Mula-mula satukan, tepung kek dan baking powder  kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
Tepung kek ni sama juga dengan  tepung superfine  atau tepung halus


Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung
Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
Mesti ada yang tanya kenapa speed perlahan..?
Cubalah guna speed laju.. pasti berbedak muka tu nanti hihi ^_^
Speed perlahan untuk ratakan dia dahulu.. supaya tepung tu tak berterbangan..
Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun


Bila dah gebu, tutup mixer.
Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata
Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
Kemudian tuang di dalam loyang  8 inc yang kita dah lapik dengan kertas kek dan kita dah sapukan butter sekelilingnya.
Bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal pada suhu 170C
Ingat oven kena panaskan 15 minit awal dengan menggunakan api atas dan bawah
Bakar selama 30 ~ 35 minit

Proses yang ini kena fahamkan betul-betul ya
Bila kek kita dah masak, terus keluarkan dari oven
Biar dia sekejap dalam 5 mint, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang
Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek
Terbalikkan kek atas redai sekejap aje 1 minit
Lepas tu terus terbalikkan semula
Ok buat cepat-cepat.. sebab kalau lambat nanti kek akan turun sebab tarikan graviti.
Ingat kek span ni dia sensitive sikit
Biar kek betul-betul sejuk sebelum kita nak potong dia kepada kepingan..




Macam mana cara nak ptong kek kepada kepingan?
Boleh rujuk di SINI


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Asas 4 Kek Span Vanilla