Kunjungan ita ke Kelantan tidak lengkap rasanya jika tak jalan-jalan cari makan.
Hari ini ita nak bawa anda semua ke beberapa gerai atau kedai makan yang menarik di sekitar Kota Bahru Kelantan.
Awal-awal pagi lagi ita dah mengunjungi sebuah kedai Kopitiam yang terletak di pinggir bandar Kota Bahru. Kopitiam Kita, nama yang mudah di ingat yang merupakan konsep kedai kopitiam Kelantan. Di sini macam-macam ada dan ianya sebenarnya sebuah kedai makan yang lengkap menghidangkan semua makanan sarapan pagi bagi masyarakat Kelantan. Antaranya pastilah nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi berlauk, nasi tumpang, dan macam-macam lagilah.. sangat banyak makan yang terhidang hingga kita pun susah nak membuat pilihan. Makanan ini pula di ambil oleh tuan kedai dari penduduk setempat dan antara yang popular dan tersedap di Kota bahru.
Kopitiam ini di miliki oleh Mr Wong. Walaupun ianya di miliki oleh pengusaha Cina tetapi rata-rata pengunjung di sini adalah berbangsa Melayu. Ini kerana mereka sudah sedia makhlum bahawa semua makanan yang terjual di sini di sediakan oleh orang Melayu. Pekerjanya juga semuanya orang Melayu.
Kedai kopitiam ini senantiasa penuh dikunjungi dengan pelanggan. Hingga kadang kala kita terpaksa beratur untuk menunggu giliran. Kedai kopitiam ini sangat besar, namun masih juga tidak dapat menampung kedatangan pelanggan yang bertali arus.
Ramai pelanggan yang berkunjung di sini dan anda boleh lihat di dinding kedai ini terpampang gambar-gambar celeberiti dan orang-orang ternama yang pernah mengunjungi kopiam ini , antaranya ialah Dato Siti Norhaliza.
Kalau dah ramai pelanggan pasti ada menu yang istimewa yang di hidangkan.
Antara menu yang popular dan cukup di gemari ramai adalah Roti Titab. Roti ni adalah roti biasa, tapi ianya di buat khas untuk penyediaan roti titab. Roti yang agak tebal di salut pula dengan butter dan kemudian di bakar. Ia di makan bersama serikaya dan telur goreng separuh masak.
Ala.. senang aje tu.. tapi kenapa ramai sangat yang nak makan roti ni..? kan boleh sediakan sendiri di rumah..
Itulah keistimewaan Roti Titap hakcipta terpelihara pemilik kedai ni.. Roti di bakar lembut bersama serikaya pandan yang yummy.. di makan pula dengan telur separuh masak yang wallaaa... pasti anda tak akan jumpa di mana-mana kedai di Kelantan.
Harga makan di sini juga tidak mahal.. semuanya mampu milik! apa yang penting semua ada.. tak payah nak jalan jauh-jauh untuk dapatkan makanan Kelantan kerana semua ada di sini.
Kedai ini pula beroperasi hanya pada sebelah pagi sahaja iaitu dari pukul 7 pagi hingga pukul 1.30 tengahari.
Lokasi kedai : Kopitiam Kita
4357-A, taman Desa Jaya,
Jalan Pengkalan Chepa,
15400. Kota Bahru.
Waktu Urusniaga : 7 pagi ~ 1:30 Tengahari
Di buka setiap hari kecuali pada bulan puasa.
Bagi anda yang nak merasa jangan lupa.. kalau singgah di Kota Bahru.. jangan lupa jalan-jalan cari sarapan di Kopitaian Kita.
Setelah puas menikmati hidangan sarapan pagi.. kita jalan-jalan lah di sekitar Kota Bahru, bila dah penat bejalan pasti perut pun dah mula lah berkeroncong. Di mana pula kita nak menikmati hidangan makan tengahari kita kali ni..?
Jom ita bawa anda semua ke satu kedai makanan yang cukup istimewa. Setiapa kali ita turun ke Kelantan, pasti ita tak akan lepaskan peluang untuk melempiaskan hajat ita di sini.. apalagi kita makan-makan lah dulu..
Restoran atau Cafeteria Fresh Garden yang terletak di Jalan Long Yunos ini merupaka restoran yang paling ita suka kunjungi. Kedainya bersih, layanan yang baik dan apa yang pasti makan dan minuman di sini semuanya sedap-sedap belaka. Seawal ita mengunjungi kedai makan ini, kedai ni kecil aje.. di dirikan kedai ini di hadapan rumah tuan empunya restoran. Dahulu hanya ada beberapa meja makan yang di perbuat daripada kayu tersusun kemas di kedai yang agak usang. Ita memanggil kedai ini dahulu kedai bunga kertas, kerana di hadapan kedai ini terdapat serumpun pokok bunga kertas yang merimbun. Kini pokok bunga kertas tu pun dah tak ada lagi. Kedai ini juga turut berubah sepadan dengan arus pembangunan. Bangga sungguh bila ita melangkah kaki ke gerai yang telah banyak perubahannya ini.
Kedai yang dahulunya usang kini telah berwajah baru. Kedainya semakin cantik, terdapat 2 tingkat yang menempatkan ruang makan untuk menampung kedatangan pelanggan yang berduyun-duyun ramainya terutamanya pada waktu makan tengahari. Kalau anda nak makan di sini janganlah datang waktu makan, pasti terpaksa beratur panjang untuk mendapatkan tempat duduk selain anda terpaksa menunggu giliran untuk memesan makanan.
Masa ita sampai di cafeteria Abah, Ummi dan Abe ni, dah agak petang. Pelanggan pun dah tak ramai. Mudahlah untuk ita beramah mesra dengan tuan rumah. Menurut abah dan ummi, kedai ini di buka dahulu adalah atas dasar suka-suka sahaja. Tak sangka pula ia mendapat sambutan yang di luar jangkaan dari para pelanggan. Kini Abah , ummi dan Abe semakin serius menguruskan perniagaan makan mereka. Dahulu restoran ini hanya di usahakan oleh Abah, Ummi dan Abe sahaja... memandangkan sambutan yang menggalakkan dari para pelanggan hingga tak cukup kaki tangan nak menerima kedatangan pengunjung ia menuntut mereka mengupah beberapa orang pembantu untuk membantu mereka melayan para pelanggan yang semakin bertambah setiap hari.
Apa keistimewaan cafeteria Abah Ummi dan abe ni.. Sebenarnya semua makanan dan minuman di cafeteria ni sedap-sedap belaka. Makanannya simple aje.. tapi rasanya wow! cukup memikat hingga ita sering teringat-ingat dan terbayang-bayang akan kesedapan dan keenakkannya. Kalau anda datang sini anda kena rasa nasi ayamnya, emmm... memang sedap sangat..! nasinya lembut.. dengan sup yang ringan di hidangkan pula dengan ayamnya yang ya Allah sedap sungguh.. rangup di luar tapi cukup lembut di dalam. Menurut abah dan ummi beliau senantiasa pentingkan kualiti makanan di restorannya. Ayam yang di pilih pastilah yang terbaik, berkualiti dan segar. Ayamnya pula semuanya sama saiznya.. dan di masak dengan ramuan yang terpilih.
Satu lagi yang anda harus cuba.. Sup daging perghhhh.. sedap sungguh! ia di masak simple aje.. sup daging di makan dengan nasi putih dan telur dadar.. tapi supnya tu buat anda gila bayang lah.. !
Ok yang ni anda semua kena cuba.. ABC terbaikkkk wokkkk!.. berehhhh.... sedap weiii... sungguh hambo tak tipuu.. sedap sangat ni.. aii.. ita tengok gambar ni semula pun dah mengecap-ngecap air liur dah ni.. eiiii...terasa macam hambo nak terbang ke sana malam ni juga.. aduhaiiiii....
Satu lagi.. yang ni pun sedap! air jagung ni.. ya Allah memang pengsanlah.. tak tahu ambo nak kecek apo dah.. semua sedap-sedap belako.. ni weiii....
Boleh kata semunya sedap-sedap lah..
Yang paling ita suka kedai ni.. ia bersih sangat.. kemas dan teratur... tempatmakan pun selesa di rimbuni pula dengan pohon bunga renek yang menjalar segar. Terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh pelanggan.. apa yang pasti peraturan ini memberikan kebaikan kepada semua...
Kepada anda yang turun ke Kota Bahru jangan lupa tau singgah di cafeteria Abah, Ummi dan Abe ni...
Lokasi : Cafeteria Fresh Garden Abah Ummi dan Abe
No 593, jalan Long Yunos
Depan Taman Koperatif
15200 Kota Bahru
Kelantan
Waktu urusniaga : 11:45 pagi ~ 4: 15 petang
Dibuka dari Sabtu hingga Khamis
Hari Jumaat ~ tutup
Ya Allah sedap sungguh ABC ni.. terliur ita di buatnya... Bilalah dapat balik Kota Baru lagi ni... tak sabar nak pekena secawan ABC.
Kepada anda yang tahu kat mana lagi tempat makan yang menarik di Kota Baru, nanti boleh tinggalkan alamat kedai di ruangan komen, mana tahu kalau ita balik Kota Bahru cuti sekolah ni boleh ita merasa.