Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Senin, 08 September 2014

Nasi Kunyit


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi koleksi resepi pilihan ita iaitu Nasi Kunyit.




Sebagaimana yang kita sedia makhlum, kunyit adalah antara bahan yang banyak kegunaannya di dalam bidang tradisional bermula sejak 2,500 tahun dahulu. Walaupun kunyit atau lebih di kenali sebagai curcumin terkenal dalam masakan, rempah tersebut juga telah memperlihatkan sifat perubatannya sejak berabad lamanya.

Kunyit terkenal kerana keupayaannya di dalam pencegahan banyak penyakit. Penyelidikkan menunjukkan kunyit boleh di gunakan untuk mencegah penyakit seperti cancer kolorektum, Alzheimer, Arthritis dan ganguan kulit

Rujukan : Pancasihat 13. 07. 2014


Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi sentuhan air tangan Pak Engku. Resepi hasil rujukan ita daripada buku masakkan beliau Resepi Kenduri Khawin.

Cara masakan nasi yang sangat mudah, dengan ramuan yang cukup minima. Tidak sangka ia menghasilkan nasi yang wangi aromanya, sedap pulak tu... dan enak pula rasanya.

Nasi ini menurut Pak Engku enak di gandingkan bersama sambal sotong, udang, ayam goreng dan sebagainya. Ita pula gandingkan bersama lauk Ayam masak hijau yang akan ita kongsikan resepinya kemudian.

Sukatan resepi Pak Engku adalah dalam sukatan yang besar dan ita dah kurangkan sukatan mengikut jumlah untuk hidangan ita 3 beranak sahaja



NASI KUNYIT
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin

3 cawan beras wangi ~ cuci dan toskan airnya
2 helai daun pandan ~ di simpul
100 ml santan pekat
3 cawan air ( sukatan air bergantung pada beras, sukatan sama macam masak nasi biasa)
1 inc kunyit hidup ~ di kisar dan ambil jusnya sahaja
2 batang serai ~ di titik
2 inc Halia ~ di titik atau di hiris kasar


Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan
Kemudian masukkan santan dan jus kunyit
Masukkan juga daun pandan, serai dan halia
Perasakan dengan garam dan biarkan ia mendidih

Di dalam peruk nasi pula, letakkan beras yang telah di cuci bersih dan telah di toskan airnya
Kemudian curahkan santan kunyit yang telah mendidih tadi ke dalam periuk nasi.
Tanak nasi seperti biasa hingga masak sempurna
Sedia di hidangkan dengan lauk - pauk pilihan



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Nasi Kunyit