Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Jumat, 05 September 2014

Kek Gula Hangus akhirnya......


Kek Gula Hangus.. Kek Sarang Semut.. Kek Sarang Lebah adalah kek yang sama.. yang membuatkan hidup ita tak keruan...

Ita cukup mengemari kek yang satu ini.. tapi banyak kali ita cuba buat tak pernah yang menjadi..
Setiap kali kawan-kawan post gambar kek gula hangus masing-masing, ita seakan menjeruk rasa.. Kenapalah.. saya punya tak jadi.. jadi.. bukan nak nampak sarang lebah... sarang semut.. sarang anai-anai pun tak muncul.. muncul.. 
Namun ita tak pernah putus asa.. ita terus cuba dan mencuba.. Mana sahaja resepi kek gula hangus yang ita tak cuba.. setiap kali kawan-kawan berkongsi resepi.. ita pasti tak melepaskan peluang untuk mencuba.. tapi hasilnya selalu menghampakan.. sedih sangat...





Nasib baik ita suka kek ni.. terkulat-kulat nak menghabiskan.. telan jugak walaupun hati remuk redam.. manalah silapnya..

Ita banyak menbaca tentang kek yang satu ini.. pelbagai tips yang di kongsi untuk mendapatkan sarang semutnya.. namun semuanya tak menjadi.. di mana silapnya ita pun tak pasti..
Menurut apa yang CMG kata.. kek sarang semut ni dia perlu kenyal.. jika teksturnya seperti sponge maknanya tak menjadilah kek tersebut..

Ita pernah makan kek ini dan antara kek yang ita suka.. Kek ni rasanya memang kenyal.. warnanya agak gelap dan warna gelapnya tu macam hitam keemasan yang membuka selera dan tak berkelip memandang..

Jaluran halus yang menjalar lubang-lubang kecil seakan sarang semut yang membuatkan lekat namanya di gelar kek sarang semut.. itulah yang membuatkan semua ingin mencuba..


Ita kalau makan kek ni.. ita suka gigit sikit-sikit sebab ita cukup suka melihat corak semutnya.. Teringat dulu masa mak kata nama kek ni kek sarang semut.. ita sibuk mencari kalau ada semut di dalam lubangnya.. takut juga nak makan.. maklumlah semutkan...? kata orang kalau makan semut nanti otak kita bengap 44 hari.. hahah.. gelak aje emak bila ita sibuk mencari semut dalam lubang kek tu..

Kemarin.. ita nampak  Kak Nor buat kek ni.. sekali lagi hati ita berbunga ceria.. cantiknya corak kek itu... Seperti biasa ita akan baca setiap apa yang di catat.. dan komen daripada pembaca.. ita nak tahu ada tak apa-apa tips bagi membantu ita mendapatkan hasil yang sama..

Resepi kali ini kak Nor cuba resepi dari Cida ita dah berapa kali mencuba resepi yang sama.. tapi tak tahulah mungkin nasib belum menyebelahi ita untuk dapatkan hasil yang cantik! Akhirnya ita terbaca yang kak Nor kata biasanya dia menggunakan resepi arwah ibunya.. Ita terus lihat resepi dari arwah Ibu kak Nor dan terus salin.. Ita harap kali ini menjadi..


Sepanjang ita mengadun.. mulut ita tak berhenti berkumat kamit membaca doa.. Ya Allah jadikanlah kek ku kali ini.. Tolong lah Ya Allah.. 
Ita ikut semua arahan.. Telur jangan di pukul... kacau hingga cair sahaja..

Peram selama 3 - 4 jam (lagi lama lagi elok utk menghasilkan lubang2 yg lebih banyak)
Ita peram 5 jam.. kalau tak jadi jugak ita tak nak lagi buat kek ni.... bisik ita dalam hati..
Berdasarkan pd eksperiman yg dah berjaya CMGebu buat, kek ni perlu dibakar dgn menggunakan api bawah sahaja utk tempoh 35 min pertama, lepas tu baru la di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 min lagi ya. Test dgn lidi, utk pastikan kek telah pun cukup masak. Suhu yg digunakan 165 - 175C. 

Ita cuba untuk patuhi setiap arahan.. supaya ita tak hampa lagi..


Ting! bunyi oven membuatkan ita cukup bedebar.. Ya Allah jadilah hendaknya...
Kek tak naik tinggi.. jadi ke ni..?
Tak sabar rasanya nak tunggu kek sejuk..
Panas.. panas tu juga ita... zassssss......
Ya Allah...... Alhamdulillah... jadi jugak akhirnya.... terima kasih Allah... Terima kasih kak Nor... 
Ita melonjak kesukaan.. akhirnya.. dan entah yang ke berapa kali ita mencuba...
Ita terus capai talifon..
Ayah... kek ita jadiiiii.....
Alhamdulillah..... kata suami ita di hujung talian....
Pantas ita menjamah kek dengan juraian air mata... 
Hanya Allah yang tahu apa yang ita rasa... terima kasih Allah... kerana Kau mendengar doa hambamu...
Sedapnya lah kek ni.. kenyal.. liut-liut.. dan kejadiannya.. benar-benar membuatkan ita tersenyum...


KEK GULA HANGUS
Resepi Oleh : Bonda Kak Nor
Rujukan : Kak Nor

Ita buat sukatan yang kak Nor dah kurangkan.
Di bawah ini ita terangkan cara dan kaedah ita buat, manalah tau kalau ada yang senasib dengan ita. Anda juga boleh mencuba

1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
Ita suka cairkan gula dalam pan leper. Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas. Jika guna air panas dia kurang sedikit merecik berbanding air sejuk.
Bila dah cair sejukkan. Ita tunggu dia betul-betul sejuk dan mencapai suhu bilik.

Dalam bekas periuk kecil yang lain, ita cairkan mentega
Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik

Bila mentega dan gula dah sejuk, barulah ita sediakan bahan yang lain.
Pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
Kemudian masukkan susu pekat. Susu ni juga ita biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais)
Kemudian kacau rata perlahan aje
Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga

Ita tambahkan esen vanilla
Kemudian ayakkan tepung dan soda
Kacau rata perlahan

Akhir sekali tuangkan gula hangus
Dan kacau rata
Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
Ita letak atas meja aje... dan ita biarkan selama 5 jam


Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
Bakar selama 45 minit
5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah

45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
Tunggu kek sejuk sebelum di potong.


Tadaaaaa..... inilah hasilnya setelah kek ita siap di potong..
Syukur sangat sebab kek ita jadi kali ini
Rasanya pun tak manis sangat.. dan serasi selera ita
Terima kasih Kak Nor
Dan sekalung  Al Fateha buat arwah bonda kak Nor






Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Gula Hangus akhirnya......