Selamat malam...
Maaf lah malam-malam baru nak kongsi resepi.. orang pun dah nak tidor dah kan..
Tapi tak pe.. manalah tahu dapat ilham dalam mimpi nak masak apa untuk esok.. atau mimpi makan nasi hujan panas ni.. ngeee...
Sebenarnya nak kongsikan siang tadi.. tapi maklumlah hari ni ita lagi sibuk dok urus anak yang ambil periksa. Anak pun balik lewat petang hari ni kerana kertas terakhir pada pukul 4. 30 petang. Cuaca pulak hujan lebat, jalam jam sana-sini akibat banjir kilat. Maklumlah banyak sangat kerja-kerja pembaikkan jalan kat kawasan rumah ita ni.. tu yang jalan sibuknya lah.. lubang sana-sini.. dengan jalan yang di korek untuk di turap. Bila hujan habislah semuanya di masuki air.. dan amat-amat berbahaya bagi penunggang motosikal sebenarnya.. hati-hatilah ya bila bawa kenderaan dalam cuaca yang tak menentu ni..
Berbalik kepada resepi nasi yang ita janjikan.. Nasi Hujan Panas
Sedap nasi ni.. bertambah tertarik kerana warnanya yang berwarna-warni.. sangat membuka selera.
Satu lagi resepi sentuhan Pak Engku yang harus di cuba!
Nasi ni amat sesuai sebagai hidangan untuk merai tetamu.. kalau nak buat kenduri-kendara atau majlis perkhawinan. Warnanya yang ceria dan keenakannya juga memang sangat sesuai..
Jom ita kongsikan resepi dan kaedah ita memasaknya.
NASI HUJAN PANAS
Resepi Oleh : Pak Engku
Rujukan : Resepi Kenduri Khawin
Sukatan dari Pak Engku agak banyak, ita dah kurangkan untuk hidangan ita yang tak berapa ramai ni.
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar butter
2 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
pewarna merah, hijau dan kuning telur
10 gm bawang goreng
garam secukup rasa
Rempah tumis
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan di simpul
Bahan ini di goreng tanpa minyak boleh juga jika ingin di bakar dahulu
10 gm badam
10 gm kismis
10 gm gajus
Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
Panaskan minyak sapi dan butter
Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga terbit bau yang harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga terbit minyak
Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa
Kacau rata
Masukkan nasi
Kemudian masukkan badam, gajus dan kismis
Gaul rata
Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa
Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan
Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang
Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar
Kemudian gemburkan nasi rata
Sedia di hidangkan bersama lauk - pauk yang sesuai