Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Minggu, 14 September 2014

Putu Mayam



Putu mayammmm......
Putu mayammmmm....
pon.... pon....
sambil menekan hon di tangannya

Pasti ita yang akan berlari-lari mendapatkannya... sambil melompat-lompat
Nak putu mayam.. nak putu mayam..
Dia pantas mengeluarkan kertas surat khabar yang kemudiannya di lapik plastik nipis
Di letakkan beberapa keping putu mayam, di letakkan gula merah dan kelapa parut
Aya... gula nak lebih... 
Sambil tersenyum dengan barisan gigi yang putih bersih... bole.. bole.. katanya sambil kepalanya tergeleng-geleng..




Begitulah unik dan istimewanya kita rakyat Malaysia. Hidup dalam rimpunan keamanan dan yang uniknya kita berkongsi citarasa yang sama tak mengira bangsa Melayu, India dan Cina .

Ita memang cukup mengemari putu mayam. Berkeping-keping pun ita boleh habiskan. Di cicah bersama kelapa dan gula merah memang mengasyikkan.. sampai ke petang ita tak menjamah nasi kerana kekenyangan.

Masa ita mengandungkan Dalili, ita kemaruk nak makan putu mayam. Setiap hari pasti ita memasang telinga mendengar honnya di bunyikan..
Ita akan merengek bagai anak kecil minta di belikan.. kalau tak dapat sampai petang mood semua ke laut.. adoiii... teruk betul perangai anak dalam perut ni... bisik ita

Kawasan perumahan yang ita tinggal dan kejiranan pada waktu itu amat menyukarkan ita membeli putu mayam. Kalau motor aya yang jual putu mayam itu berhenti depan rumah.. pasti ada mata-mata yang menjeling..  lepas tu berbakul-bakul lah ita di tazkirahkan..
Ada masa hati ita cukup tersentuh.. nak makan pun tak boleh..


Setiap hari suami ita pasti menunggu aya yang jual putu mayam di simpang jalan.. supaya tidak ada yang memandang.. dan tidak menjadi bualan dan umpatan orang.

Punyalah seronok bila suami bawakan sebungkus putu mayam.. ita makan dengan cukup berselera sekali. Kadang di bungkus pula untuk bekalan malam kalau tiba-tiba penghuni dalam perut ini  teringin putu mayam di malam hari..
Setiap kali makan putu mayam ni.. ita kerap berdoa.. agar anak yang lahir ini biarlah putih macam putu mayam.. janganlah macam aya yang menjual putu mayam tu..

Masa bersalin ita pejam mata tak mahu tengok anak ita kerana ita bimbang akan doa ita terbalik pula..
Bila misi tu kata.. Putihnyaaa.... comel ikut siapalah putih ni.... baru lah ita berani buka mata...
Ya Allah... putih macam putu mayam...


PUTU MAYAM

2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung
2 cawan tepung beras
daun pisang
Gula merah atau gula Melaka di hiris halus
Kelapa parut putih di gaul dengan secubit garam


Mula-mula kita sediakan daun pisang dahulu
Daun di cuci bersih dan lap kering
Gunting bentuk bulat dan sapukan sedikit minyak jagung supaya putu mayam tidak melekat di atas daun. Ketepikan

Kemudian kita panaskan air dahulu hingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan garam dan minyak jagung, gaul rata
Tutup api dan masukkan tepung beras sikit-sikit sambil terus kacau hingga ia menjadi doh yang lembut.
Hati-hati ya sebab panas.
Masa doh panas-panas tu terus masukkan dalam acuan maruku.
Pilih lubang yang paling kecil ya untuk putu mayam


Putar acuan bentuk bulatan dan biarkan doh bertali itu jatuh atas daun pisang
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.


Susun dalam kukus
Sebelum tu air kukusan hendaklah di panaskan hingga didih
Kemudia kukus putu mayam
Tutup kukusan hendaklah di bungkus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitik pada putu mayam dan buakan ia lembik nanti
Kukus jangan lama sangat tau nanti dia lebik anggaran 2 ~ 3 minit gitu dah angkat


Kemudian bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih yang dah di campurkan secubit garam. Di makan juga bersama gula merah atau gula Melaka.

Kalau putu mayam yang warna hijau tu, air yang di gunakan air pandan. Ambil 5 helai daun pandan campur dengan 2 cawan air dan kisar. Kemudian tapis.
Air tu kita masak, kalau kurang hijau tambahkan sedikit pewarna hijau apple.
Mudah aje kan buat putu mayam ni..
Cuma yang tak tahannya tangan melecur sebab panas doh tu masa nak tekan...


Ini Malaysia kita...







Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Putu Mayam