Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Sabtu, 15 November 2014

Angry Birds Stella 3D Cake Tutorial


Bila kak Lina minta ita tolong buatkan kek anggry birds untuk anak buahnya.. ita rasa terkedu seketika bila melihat contoh kek yang beliau inginkan. Kek Anggry Birds yang berbentuk 3D ni memang ita belum pernah buat lagi..
"akak percaya ita boleh buat.." kata-kata semangat dari Kak Lina buat kan ita semakin bersemangat untuk mencuba.. walaupun ita tahu ini adalah pengalaman pertama menyediakan kek berbentuk bulat ini.


Kerana ita tak ada pengalaman, tak ada pendidikan khusus dan ita juga tak pernah menghadirkan diri dalam kelas dekorasi kek.. percubaan pertama ini cukup mendebarkan. Ita memang pernah buat kek 3D berbentuk bag sebelum ini.. tapi bentuk bulat ni terasa mungkin agak sukar sikit.. nak balut kek bersaiz biasa dengan fondant pun masih terkial-kial lagi.. inikan pula nak membentuknya menjadi bulat begini..


"ita akak nak anggry birds tu senyum ya ita.. " kata-kata kak Lina di hujung talian buatkan ita semakin bedebar-debar.. " ita pasti boleh buat.. " sambung kak Lina lagi..
"ita cuba ya kak..." bisik ita di dalam hati yang penuh debaran..

Berbekalkan semangat dari kak Lina dan keazaman ita untuk mencuba.. dan atas pertolongan Allah.. akhirnya.. jadi jugak kek ni.. Alhamdulillah..

Sebelum ita membuat kek ni.. ita cuba google untuk melihat bagaimana raka-rakan bakers yang lain membuatnya.. Ita juga ada berbincnag dengan suami bagaimana untuk membuat kek ini.. Payah sebenarnya memikul amanah ni.. kadang kala tak tidur malam kita di buatnya..


Kek ni akan di hantar pada pukul 8 malam, biasnya, kek bersalut fondant ni ita tak sediakan awal.. sebab ita bimbang jika ia terlalu lama di luar. Memandangkan kek ini juga adalah kek Butter Vanilla yang berlayerkan krim coklat putih yang lembut dan strawberry filling di dalamnya. Kek pula bersalut ganach coklat putih. Beberapa jam sebelum kek di hantar baru ita sediakan. tapi nak kena buget masa.. takut pulak kalau tak sempat.. jadi kelang kabut pula bila terpaksa mengejar masa..

Ita mulakan proses mendeko pada pukul 4 petang, cuaca pula sekarang di Johor Bahru ni hujan pada lewat petang. Keadaan cuaca yang hujan menyukarkan proses membuat kek fondant ni.. Ita rasa ramai bakers yang mempunyai pengalaman yang sama.. Fondant akan mudah basah dan melekit kerana terpeluap oleh faktor cuaca persekitaraan yang lembab.

Bila dah petang dengan cuaca yang mendung dan hujan.. memang agak sukar untuk ita merakamkan gambar.. Kesian kak Lina dah berapa kali kek yang beliau tempah tak dapat ita ambil gambar kerana kek siap lewat malam..
Tapi kali ini ita ambil juga gambar kek ini.. walaupun pencahayaan tak berapa baik.. kerana ita rasakan kek ini cukup comel.. ^_^ sayang rasanya jika ita tak abadikan kenagan bersamanya..


Seperti biasa kaedah membuat kek 3D, kita kena fikirkan bentuk kek yang bakal kita sediakan. Kita juga kena pandai mengagak berapa banyak kepingan kek dan saiznya yang kita perlukan.
Untuk kek kali ini ita menggunakan 2 keping kek separa bulatan untuk bahagian atas dan bawah kek
Kek tengah yang bersaiz 9 inc 2 keping
Dan juga kek bersaiz 8 inc 2 keping.
Kek anggry birds ni dia tak bulat betul.. bentuknya atas lebih kecil dan kembang sedikit di bahagian bawah.
Seperti biasa proses yang ita pernah ceritan dalam penyediaan kek 3D mengambil masa yang agak lama untuk mengendalikan kek. Kek perlu set sepenuhnya sebelum di deko.
Anda boleh rujuk proses penyediaan kek nya di SINI cara dan kaedahnya sama sahaja

Bila kek kita dah bentukan, kena pastikan ia betul-betul licin. Jika tak licin dia akan lekuk-lekuk bila di balut fondant.
Kemaskan kek yang kita salut fondant dan buang baki fondant yang kita tak perlukan.
Kemudian kita buatlah bahagian-bahagian yang lain, seperti mulut, mata jambul dan apa-apa sahaja bahagian yang ada pada karektor tersebut.
Kemaskan kek dengan hiasan lain.


Terima kasih pada kak Lina dan selamat ulang tahun untuk birthday girl.. semoga birthday girl happy dengan kek yang cik ita buatkan..

Untuk tempahan anda boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hendaklah di buat 1 bualan awal
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja, tiada penghantaran untuk luar Johor Bahru.






Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Angry Birds Stella 3D Cake Tutorial