Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Sabtu, 22 November 2014

APAM SUSU


Hari-hari nampak rakan-rakan di FB dok tayang apam susu masing-masing. Gebu-gebu semuanya.. buatkan hati ni tak tertahan untuk mencuba. Ita memang suka makan apam, dan dah lama jugak ita tak mengapam.

Apam ni ita sediakan untuk minum petang kami hari ni. Bila hari hujan-hujan ni perut ni cepat aje lapar.. Kebetulan anak-anak dah mula bercuti, semakin sibuklah emaknya di dapur.


Apam secara umumnya merujuk kepada makanan yang gebu. Adunan atau bater boleh dibuat dari tepung gandum atau tepung beras. Cara memasak apam boleh dilakukan secara bakar atau kukus. Terdapat beberapa jenis kuih yang digelar apam, antaranya kuih apam, apam berkuah dan apam balik, yang terdapat dalam pelbagai bentuk, rupa dan rasa.

Tahu tak, masa ita balik Kelantan baru-baru ni, ita ni kan jakun sikit bila ita nampak mereka makan apam dengan kuah. Kuahnya tu ada yang kuah manis dan ada yang kuah lemak. Pelik ita.. sebab biasanya ita hanya makan apam dengan kelapa parut aje.. bila nampak mereka makan dengan kuah tu.. rasa jakun ita pun datanglah.. ngeeee..


Apam berkuah merupakan sejenis kuih tradisi Melayu Nusantara, yang dimakan dinegeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, yang sesuai dimakan pada waktu petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam. Apam berkuah biasanya dimakan dengan mencicahnya kedalam kuah khas yang berempah. Antara bahan untuk membuat kuah dari pelbagai ikan jenis seperti selayang, kembung, sardin atau tuna dicampur dengan santan, gula, rempah dan lada hitam.

Tapi apam berkuah ni ita belum berani nak cuba.. sebab kuah lemaknya tu di buat dari ikan.. Ita rasa memang ita tak boleh makan kot.. Sebab tulah suami ita dan ibu mertua ita tak pernah belikan ita apam berkuah ni.. sebab mungkin mereka pun tahu ita tak akan boleh makan..


Hari ini ita nak kongsikan satu lagi jenis apam. Apam ni boleh makan macam tu aje.. kalau nak makan dengan kelapa pun boleh jugak ni tapi apam tu kena maniskan lagi baru sedap makan dengan kelapa yang lemak masin.

Ada banyak resepi apam susu yang di kongsikan oleh rakan-rakan di FB. Kalai ni ita cuba resepi dari Sabrina Khan dan di kongsikan oleh Nana Aboy. Terima kasih ya kongsikan resepi.

Apam ni mudah aje nak membuatnya, bahan pun simple. Masa mengukus lebih kurang 40 minit aje. Kepada yang suka apam bolehlah cuba..


APAM SUSU

Resepi Oleh : Sabrina Khan
Rujukan : Nana Aboy

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung
Pewarna yang di sukai
Perasa


Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam
Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla
Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih
Masukkan susu pekat manis
Putar lagi hingga sekata
Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi
Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi
Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna
Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang
Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis
Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit
* tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam
Angkat apam setelah masak
Keluarkan dari loyang
Potong bila ianya telah sejuk



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : APAM SUSU