Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Senin, 17 November 2014

Ikan Kerisi Masak Sos Tiram


Setiap kali bersembang dengan Sara, kawan ita.. Kami sering berborak mengenai hidangan yang mudah dan ringkas untuk di hidangkan kepada keluarga. Maklumlah kami sekarang cukup sibuk.. Walaupun suri rumah.. ita sibuk dengan tempahan kek.. Sara pula sibuk menguruskan perniagaan keluarga. Dalam masa yang sama kami juga memikul tanggungjawab penting iaitu menguruskan keluarga. Sesibuk manapun dapur perlu berasap. Mujur suami dan anak-anak tak berapa cerewet bab makan. Apa sahaja yang di masak mereka akan menikmatinya dengan penuh berselera sekali.


Ita cukup suka bersembang dengan Sara. Banyak resepi yang mudah dan ringkas yang di kongsikan kepada ita. Terutamanya menu istimewa hidangan masyarakat India yang di gemari juga oleh orang Melayu. Sara cukup cekap di dapur. Tangkas dan pantas dia memasak dan menyediakan hidangan. Bukan itu aje.. cara dia melayan kami sekeluarga makan, sangat membuatkan ita cukup terharu..

Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi mudah dan ringkas yang dikongsikan Sara. Menurut Sara, bila dia tak cukup masa, hidangan inilah yang di hidangkan untuk keluarganya. Hidangan ini juga merupakan hidangan ringkas dan mudah yang menjadi kesukaan Sara dan keluarganya.

Memang resepi ini mudah dan ringkas. Ianya juga sedap di makan dengan nasi hangat. Kata Sara lagi, lauk ini sesuai di gandingkan dengan ikan kerisi, ikan kembung, siakap atau ikan senangin. Hari ini ita masak menggunakan ikan kerisi. Berselera kami menikmati hidangan kami.. Terima kasih Sara..


IKAN KERISI MASAK SOS TIRAM
Resepi Oleh : Sara

2 ekor ikan kerisi ~ siang , cuci bersih, gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng hingga keemasan, angkat dan ketepikan.

3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
1 inc halia ~ hiris halus
5 tangkai cili padi ~ hiris halus  boleh kurangkan atau tambah mengikut kesesuaian kepedasan
daun sup dan daun bawang di hiris
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tauco ~ cuci dahulu
1/2 cawan air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi hingga harum
Masukkan sos tiram dan air asam
Kemudian tambahkan tauco
Biarkan ia merenih
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan ikan dan daun sup dan daun bawang
Tutup api dan angkat
Hidangkan dengan nasi hangat.




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Ikan Kerisi Masak Sos Tiram