Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Jumat, 21 November 2014

Kek Tempahan Semalam


Inilah kek tempahan yang perlu ita siapkan. Fuh..! jenuh nak menyiapkan figurine minion yang sebesar duit 20 sen ni.. mata dahlah tak berapa nampak.. terkial-kial nak menghabiskan..

Tempahan untuk kek Devil's food Choc Slice cake untuk Sueina. Tema minion pula kek slice ni kali ni.





Satu lagi kek ialah kek Turkish Indulgence. Kek ni tuan empunya kek mahukan hiasan strawberry di atas kek. Kedua-dua kek ini adalah dari tuan yang sama. Datang jauh dari Terengganu. Siap bawakan ita keropok dari Terengganu. Terima kasihlah banyak-banyak.. buat susah-susah aje..

Selamat ulang tahun pada ayah dan ibunya.. dan buat buah hati pengarang jantung Sueina.


Terima kasih kepada yang membuat tempahan.
Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat 1 bulan awal..


Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Kek Tempahan Semalam