Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Minggu, 23 November 2014

Victoria Sandwich Cake


Assalamualaikum..
Selamat pagi.. dan Alhamdulillah syukur kita masih lagi dapat bernafas di bumi Allah ini..
Minggu baru.. kita hadir juga dengan semangat baru pagi ni.. Semangat ingin mengumpul sebanyak pahala hari ni.. ingin membuat banyak kebaikan hari ni.. ingin memperbaiki setiap kelemahan.. dan mungkin ada yang ingin mencuba sesuatu yang baru..
Apa sahaja yang anda inginkan.. lakukan.. jangan bertangguh.. jangan rasa rendah diri.. anda berhak memiliki.. merasai.. dan menikmatinya...

Pagi ni ita free sikit.. tapi petang ni dah mulalah sibuk dengan tugasan ita.. macam biasa siapkan tempahan customer.. kita buat suka-suka kan.. sekadar menceriakan hati insan-insan di sekeliling kita.. Kalau mereka suka.. kita pun rasa suka jugak.. sebenarnya ianya adalah suatu terapi yang cukup baik.. bukan sahaja untuk tubuh kita tapi juga minda dan iman... Kalau hati kita happy.. maka kecerian itu akan terpancar di wajah.. senyum sokmolah...!


Ok pagi ni.. sebab ita tak sibuk sangat.. ita cuba penuhi permintaan ramai yang inginkan resepi Victoria Sandwich Cake. Sebenarnya kek ni dah popular lama dahulu.. kalau tak silap tahun 2010 atau 2011.. memang meletup-letup.. jugaklah.. rata-rata ramai bloger yang berlumba-lumba untuk mencuba.. Biasalah kalau ada resepi baru.. pasti blogger akan cuba dahulu.. mereka akan bagi feedback atas setiap resepi yang di cuba.. sedap ke... tak sedap ke.. manis ke.. nak kena kurangkan manis ke.. itulah tugas blogger sebenarnya..

Kerana itulah ita lebih percayakan resepi yang di kongsikan oleh blog-blog masakan. Mereka semuanya telus dan jujur bila berkongsi resepi. Selain pengunjung juga boleh bertanya jika ada yang tak faham.. tak pasti.. atau mungkin tak dapat nak bayangkan macam mana cara membuatnya..


Kerana itulah, bloger-bloger.. rasa kecil hati.. menjeruk rasa.. atau merajuk.. tak mahu terus berblog.. mereka rasa apa yang mereka buat semuanya sia-sia.. ibarat kata orang ' dah bagi betis nak kan peha' Kes curi gambar yang masih lagi berleluasa.. buatkan mereka rasa pengorbanan yang mereka lakukan tidak berbaloi.. Bukan mudah tau sebenarnya.. tugas blogger masakan.. ramai yang kata " ala gambar je punn... kalau tak nak orang curi.. jangan share.."
Tapi.. bila orang share resepi aje.. tak letak gambar.. mereka kata pula resepi tu resepi tipu.. tak ada gambar sebagai bukti yang resepi itu kita dah cuba..!
Ada juga yang bila blogger share resepi.. mereka mengaku resepi tu mereka yang punya.. pulak dah! ya Allah.. tak ada salahnya.. kalau kita bagikan kredit pada tuan empunya resepi asal.. walau dari mana sekali pun anda ambil resepi tersebut.. secara jujurnya.. nyatakan dari mana sumbernya.. setiap sesuatu yang terjadi itu pasti kita tahu datang dari mana sumber kejadiannya.. seperti alam ini.. yang di jadikan oleh Allah SWT..
'ular menyusup akar tak akan hilang bisanya...' malah Allah akan bagi lagi banyak ilham.. ilmu.. dan rezeki pada hambanya yang jujur.. amanah.. dan ikhlas..
" awak kat mana...?"
"awak kat mana....?"

Seringkali ita tertanya-tanya... kemanakah bloger-bloger otai kita menghilang... Blog mereka menjadi sunyi sepi...

Salah siapa?


Alamak... melalut pulak dah... ita ni.. ok! ok! kita balik pada tujuan asal ita pagi ni nak kongsi resepi..
sorry.. sorry.. teremo lah pulak pagi ni... ^_^


Resepi ini pernah di kongsikan oleh KG dalam blog beliau pada tahun 2010. Ita suka cuba resepi dari KG sebab tak pernah mengecewakan. Resepi ni juga pernah di kongsikan oleh Rima sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2012 dan sekali lagi pada 2013
Sebenarnya kalau anda google.. banyak resepi kek ini di blog-blog minah saleh.. dan resepi ni pun memang datang dari mereka juga sebenarnya.. cuma kadang kala rakan-rakan blogger kita ni mereka akan ubah suaikan resepi ni mengikut citarasa tempatan dan juga suhu negara kita yang panas dan lembab.
Resepi Victoroia Sandwich ni kalau anda nak tahu.. sukatan tepung, gula dan butter biasanya sama banyak. Kalau mereka guna tepung 200 gm.. gula pun 200 gm dan butter pun 200 gm. Keknya tidak menggunakan bahan cecair kecuali telur. Oleh itu adunannya agak pekat dan keknya juga agak padat dan sedikit keras. Tapi itulah sebenarnya kek Victoria Sandwich, keknya memang padat.. kalau anda pergi luar negara pun dan kalau anda pernah lah cuba kek mereka.. anda akan rasa yang kek mereka biasanya memang agak padat dan keras.. bukan itu aje.. rasanya juga amat manis.. kalau orang kita yang sukakan pedas ni.. rasa manis tu memang keterlaluan.. kita perlulah kurangkan gulanya..



VICTORIA SANDWICH CAKE
Resepi Oleh : KG
Rujukan : Yatie

Sebelum membuat kek ni anda kena sediakan dahulu jam Strawberry atau strawberry filling. Jam strawberry ni anda boleh beli yang dah siap dalam tin atau anda boleh buat sendiri. Kalau beli yang ready made tu cari yang jam tu ada strawberry ketul-ketul lagi dalamya.. bukan yang hancur ya. Kalau nak buat sendiri boleh rujuk resepi di SINI


Strawberry filling yang anda dah sediakan biarkan ia sejuk sepenuhnya
Sekarang kita lihat pula bahan-bahan kek


Bahan Kek

220 gm tepung kek
30 gm tepung jagung
secubit garam

Bahan-bahan ini perlu di ayak sebanyak 3 kali

250 gm gula castor
250 gm butter tanpa garam
2 sudu besar golden syrup
2 sudu teh esen vanilla
5 biji telur


Satukan gula, butter dan golden syrup dalam bekas pemutar dan putar hingga adunan kembang dan gebu.
Jangan lupa untuk scrap tepi mangkuk pemutar supaya adunan di pukul rata
Kemudian masukkan telur sebiji demi sebijik sambil di putar perlahan
Tambahkan esen vanilla dan terus putar hingga sekata
Tambahkan tepung yang telah di ayak
Kaup balik dengan spatula hingga rata
Tuangkan adunan dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan butter dan di lapik dengan kertas pembakar.
Bahagikan adunan sama banyak dalam 2 loyang
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160C
Bakar kek selama 25 ~ 30 minit.
Jangan terlebih masa nanti ia keras

Sementara menunggu kek kita masak sediakan krimnya pula jika anda sukakan kek yang berkrim. Kalau tak suka krim boleh terus sapukan jam atas kek.

Vanilla Cheese Krim
Resepi Oleh :  Rima

1 1/2 cawan Heavy Whipping Cream ~ ita guna non Dairy Whipping Cream
56 gm cream cheese
2 sudu besar lemon paste


Putarkan cream cheese dan lemon paste hingga lembut
Dalam bekas pemutar lain putarkan Whipping Cream hingga kental
Satukan cream cheese dan cream putar dan kaup balik rata
Masukkan dalam piping bag.


Kek yang dah sejuk kita potong bahagian atasnya yang keras
Letakkan satu keping kek atas lapik kek
paipkan cream di atasnya
Kemudian letakkan jam strawberry tadi.
Tutup dengan satu keping kek lagi
Ulang proses yang sama
Akhir sekali hiaskan kek dengan buah-buahan berries yang segar
Anda boleh juga ayakkan gula icing di atas buah-buahan tadi






Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Victoria Sandwich Cake