Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Jumat, 12 Desember 2014

Ayam Masak Gulai Kawah 3


Lauk gulai kawah adalah lauk atau gulai yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Gulai yang kebiasannya di masak menggunakan daging atau ayam memang cukup di gemari ramai. Gulai kawah di katakan mendapat namanya bilamana ianya di masak di dalam kawah yang besar. Kebiasannya ia di sediakan untuk majlis kenduri kendara atau perkhawinan. Namun kini gulai kawah banyak di jual dan di hidangkan di kedai makan atau gerai-gerai popular di Kelantan.

Asalnya gulai kawah di masak di dalam kawah besar dengan menggunakan kayu api. Gulai kawah mengambil masa yang lama unutk di masak.. agar daging benar-benar mesra dan meresap dengan gulainya.



Keistimewaan gulai kawah adalah pada rempahnya. Rempah gulai kawah di sediakan khas untuk memasak gulai kawah dan hanya di jual di negeri Kelantan sahaja. Kalau di Johor Bahru ni memang payah lah nak dapatkan gulai kawah.

Istimewanya bila anda ingin membeli gulai kawah, penjual akan bertanya berapa kilo daging yang ingin anda masak, mereka akan memberi anda jumlah rempah yang sepadan dengan berat daging bersama rempah tumisnya sekali... mudah kan.. balik dah boleh terus memasak.

Ita cukup mengemari lauk gulai kawah. Biasanya bila adik ita balik Kelantan ita akan kirim kepadanya untuk membelikan ita rempah gulai kawah dan rempah kerutup Kelantan yang enak.
Hari ini sekali lagi ita kongsikan resepi gulai kawah yang enak. Walaupun ita biasa sediakan gulai kawah, tapi resepi kali ini ita ingin mencuba resepi yang di kongsikan oleh Matahati. Ita tertarik dengan resepi kali ini pertamanya kerana resepi ini dikongsikan oleh anak Kelantan yang arif dengan resepi turun temurun keluarganya. Keduanya nak merasakan kelainan bilamana resepi gulai kawah di campurkan pula bersama rempah kerutup.

Kalau nak tahu sedap atau tidak.. anda harus cuba!


GULAI KAWAH
Resepi di kongsikan oleh : Matahati

Resepi asal menggunakan daging, tapi ita gantikan daging dengan ayam. Anda boleh juga menggunakan daging kambing.

Daging ~ di potong kecil ( ita guna ayam)
1 cawan santan pekat ~ ita letak 1/2 cawan sahaja
Air secukupnya
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa
Nise 1 ketul ~ jika tak ada nise boleh gantikan gula Melaka
2 sudu besar rempah gulai kawah
1 sudu besar rempah kerutup
1/2 cawan air asam jawa
2 batang serai ~ dititik
Rempah tumis 4 sekawan ~ yang ni ita tambah ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga )

Bahan Kisar
2 labu bawang besar ~ ita guna 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
1 inc kunyit hidup
1 inc lengkuas
5 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut ( ita letak 15 tangkai cili kering supaya lebih pedas)

Jika menggunakan daging , rebus dahulu hingga empuk. Jika guna daging batang pinang tak payah rebus.
Jika guna ayam, gaulkan ayam dengan garam dan kunyit , kemudian di goreng. Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak, tumiskan rempah tumis 4 sekawan bersama serai hingga harum.
Masukkan bahan kisar dan masah hingga terbit minyak
Masukkan rempah gulai kawah dan rempah kerutup dan masak hingga garing.
Senantiasa kacau supaya tidak hangus
Masukkan air dan biarkan kuah merenih dan mendidih hingga warnanya bertukar gelap sedikit.
Bila dah didih masukkan daging ( bagi yang menggunakan daging ) masak dengan api kecil hingga daging empuk.
Masukkan santan, air asam jawa, nise atau gula Melaka, garam dan gula secukup rasa.
Biarkan kuah pekat sedikit barulah di angkat atau di sajikan



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Ayam Masak Gulai Kawah 3