Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Minggu, 07 Desember 2014

Jelly Lychee Nyum.. Nyum..


Bila musim cuti sekolah, peti ais pasti perlu di penuhkan dengan jajan anak-anak. Maklumlah anak-anak ni mereka cepat lapar.. lebih-lebih lagi mereka dalam proses membesar. Biasa bila musim cuti sekolah ita perlu siapkan beberapa makanan ringan yang di sukai anak-anak.. Mudah untuk di nikmati oleh mereka ketika waktu santai.. sambil bermain play station, menonton TV ataupun bersembang dengan kawan-kawan.

Ita pasti kawan-kawan ita terutamanya para ibu juga runsing memikirkan jajan yang harus di sajikan.. Sekurang-kurangnya ianya dapat menjimatkan.. tak perlu nak penuhkan peti ais dengan makanan ringan yang di beli di luar.. sebaik-baiknya kta sediakan sendiri.. selain ianya berkhasiat ia juga terjamin dari segi kebersihan, di sediakan dengan doa dan kasih sayang  serta baik untuk kesihatan anak-anak.. yang paling utama dapat menjimatkan kos perbelanjaan kita.. lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai keluarga yang ramai..




Hari ini ita ingin kongsikan satu lagi resepi yang bukan sahaja di sukai oleh anak-anak .. tapi ianya juga sangat enak dan sedap!
Sedap tau jelly lychee ni... lembut aje.. terasa kelembutannya bila melunsuri anak tekak ni.. dingin terasa.. sungguh nikmat sekali..
Ita percaya, anak-anak anda juga pasti sukakannya


Jelly Lychee

2 tin Lychee ~ asingkan buah dan jusnya
1 tin nata de coco perisa lychee ~ asingkan nata dan jusnya
1.4 liter air ~ campurkan air dengan jus lychee
5 gm agar-agar serbuk
150 gm gula
perisa Lychee

Mula-mula satukan jus lychee dengan air dan jadikan 1.4 liter air
Masukkan dalam periuk, masukkan agar-agar dan gula
Kemudian masak atas dapur hingga gula dan agar-agar larut
Angkat dari dapur
Masukkan buah lychee, nata dan jus nata
Kacau rata
Sediakan bekas plastik atau gelas
Tuangkan jelly , buah lychee dan nata dalam bekas
Sejukkan dalam peti ais hingga dingin
Sedia di nikmati



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Jelly Lychee Nyum.. Nyum..