Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Sabtu, 03 Januari 2015

Ikan Selar Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum

Masak yang mudah dan ringkas lagi untuk keluarga. Semalam ita dah terlalu kepenatan menyiapkan tempahan kek. Bila dah penat sangat ita masak yang ringkas-ringkas aje..
Kebetulan ada ikan selar dalam peti ais.. ita goreng dan buatkan masak kicap pedas. Ikan selar ni ita suka kalau buat masak kicap atau masak yang kering-kering. 

Ikan selar isinya agak keras berbanding ikan kembung. Biasa kalau goreng gitu aje ianya kurang mendapat sambutan kalau kat rumah ita ni.. Oleh kerana itu ita lebih suka jadikan ianya lauk yang enak di nikmati oleh keluarga. Bila dah masuk dalam lauk macam ni.. berselera pulak anak-anak meratah ikan ni.. 

Bila memasak ni kita harus bijak memadan suaikan gandingan hidangan supaya ianya menjadi gandingan yang ideal dan di sukai seisi keluarga. Barulah tak berlaku pembaziran..


IKAN SELAR MASAK KICAP PEDAS

5 ekor ikan selar ~ siang dan cuci bersih
Sedikit garam dan kunyit

Bahan kisar
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc halia
10 tangkai cili padi
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Rempah tumis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkih
5 biji pelaga
1 helai daun pandan simpul

2 biji tomato ~ belah 2
2 biji kentang ~ kupas kulit potong bulat dan goreng
2 biji lada hijau ~ di hiris kasar
1 labu bawang besar ~ di hiris
2 tangkai daun sup ~ di mayang halus
200 ml air asam jawa
100 ml minyak
1 ketul gula Melaka
5 camca besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa

Gaulkan ikan bersama kunyit dan garam, kemudian goreng hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng kentang hingga kuning keemasan, angkat dan ketepikan
Minyak baki goreng kentang, panaskan semula
Tumiskan rempah tumis dan daun pandan hingga harum
Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak dan wangi
Masukkan, air asam jawa, kicap manis , dan gula Melaka
Kacau rata dan biarkan merenih, jika kuah pekat tambah air
Masak hingga didih
Masukkan ikan kerisi
Akhir sekali masukkan kentang goreng, tomato, bawang besar dan daun sup
Angkat dan hidangkan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Ikan Selar Masak Kicap Pedas