Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Senin, 05 Januari 2015

Sambal Telur Pindang


Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi menjengah dapur maya ita ni..
Terima kasih juga bagi mereka-mereka yang sudi dan telah mencuba resepi yang ita kongsikan. Gunalah resepi ini untuk hidangan dan santapan keluarga tersayang.. Semoga ilmu yang baik ini dapat memberikan maanfaat buat semua..

Jika semalam ita dah kongsikan resepi yang popular dari negeri Johor, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang juga popular di Johor, sangat unik dan sangat eksklusif.
Kenapa ita katakan resepi ini cukup eksklusif kerana cara pembuatannya yang cukup rumit dan ianya jarang di sediakan dan hanya di sediakan untuk majlis perkhawinan sahaja.


Kalau ita sebut sahaja telur pindang, pasti kita terbayang telur yang hitam. Dahulu masa ita kecik-kecik ita panggil telur ni telur busuk dan ita tak makan telur ni sebab ita ingat telur ni dah busuk hihi..
Telur pindang ni cukup rumit cara penyediaannya dan mengambil masa berhari-hari untuk di sediakan. Oleh kerana cara penyediaannya yang rumit.. maka telur ini jarang di sediakan untuk santapan hari-hari.. sebaliknya ianya di sediakan untuk majlis perkhawinan sahaja. Telur pindang kebiasannya di berikan kepada para tetamu yang bertandang di majlis perkhawinan. Ia juga menjadi hiasan bunga paha dan juga sebagai salah satu pelengkap pada barangan hantaran pengantin. Kalau masa dahulu, kalau nak buat hantaran,  telur pindang adalah salah satu yang wajib di sediakan sebagai syarat. Kalau atuk ita dahulu kalau dalam set hantaran tu tak letak telur pindang..  habislah kita di bebelkannya... marah betul dia... katanya tak cukup syaratlah.. nanti jodoh tak panjang lah.. rumah tangga tak bahagialah... dan macam-macam lagi yang di ngomelkannya.. tapi zaman sekarang banyak adat yang telah di lupakan.. mereka lebih suka memilih yang ringkas sahaja.



Telur pindang lazimnya terdapat di negeri Johor. Menurut sejarah... telur ini bermula dari negara Cina dan di perkenalkan ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Cina pada zaman dahulu kala. Masyarakat Johor menganggap telur pindang dibuat pada zaman dahulu sebagai lauk bekalan para pedagang dan pengembara, karana sifatnya yang tahan lama. Pada zaman dahulu di Johor banyak terdapat pedagang serta pengembara dan pelaut. Mereka memerlukan bekalan makanan  yang tahan lama serta mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Telur pindang ibarat telur yang di awet kerana ianya tahan lama hingga berminggu-minggu jika di simpan dengan baik.
Kebiasannya telur ayam menjadi pilihan untuk menyediakan telur pindang. Proses menyediakan telur pindang memakan masa yang lama hingga berhari-hari lamanya untuk mendapatkan telur yang benar-benar berempah dengan rasa yang cukup enak serta tahan lama.

Untuk menghasilakan telur pindang memerlukan ramuan yang banyak, ini termasuklah daun-daun pokok, herba terpilih  dan rempah ratus. Lama masa merebus telur pindang paling cepat 3 hari, tapi kalau orang-orang dahulu mereka merebusnya selama satu minggu.

Dahulu masa ita kecik-kecik ita cukup suka melihat proses membuat telur pindang. Mak cik sebelah bapa ita memang cukup mahir dalam menyediakan telur pindang. Orang Johor kalau dahulu.. kebiasannya bila buat kenduri atau majlis perkhawinan biasanya sangat meriah. Satu kampung turut sama membantu dan bergotong royong agar majlis berjalan dengan lancar. Selain kerja yang berat menjadi ringan ianya juga dapat menjimatkan belanja selain dapat merapatkan hubungan silatulrahim antara keluarga dan jiran-jiran. Masa kenduri-kendara inilah hubungan yang jauh dapat di dekatkan dan yang dekat di rapat-rapatkan lagi..


Sekarang ini proses membuat telur pindang sudah semakin di lupakan. Kadang kala kalau pergi kenduri kendara jarang kita di bekalkan dengan telur pindang, orang sekarang sukakan yang mudah dan ringkas selain alasan sukar untuk menyediakan telur pindang yang mengambil masa yang lama untuk di sediakan selain bahan dan ramuan yang payah untuk di cari.

Hari ini ita kongsikan kaedah penyediaan telur pindang yang pernah di kongsikan oleh ibu saudara ita. Cuma ita belum berkesempatan untuk mencuba atas faktor sesetengah bahan amat sukar nak mendapatkannya di bandar kini. Insyaallah jika ita berkesempatan ita akan cuba dan kongsikan di sini.

Jom kita lihat antara bahan-bahan yang di perlukan untuk menyediakan telur pindang. Resepi ini untuk hidangan kenduri tau, sukatannya banyak dan anggarana telur 1000 biji. Kalau anda bercadang nak buat dalam jumlah yang sedikit.. kena lah pandai-pandai agak ya..


TELUR PINDANG

1000 biji telur
Telur di rendam untuk memudahkan proses mencuci.
Kemudian cuci bersih dan toskan atau keringkan
1 kg ketumbar biji ~ di tumbuk
1/2 kg jintan putih ~ di tumbuk
1/2 kg jintan manis ~ di tumbuk
1 botol besar kicap manis
1 peket besar asam jawa
1 peket besar garam kasar

Bahan-bahan daun

Daun-daun ni  banyak ya di gunakan, ianya di gunakan untuk alas telur supaya tidak pecah selain ianya akan menghasilkan ramuan dan rempah ratus yang memberikan aroma yang enak dan rasa telur yang lazat selain membuatkan telur tahan lama.

semua gambar dari pencarian di google ~ terima kasih kepada penyumbang gambar
Daun manggis
Daun jambu batu
Daun limau perut
Daun mengkudu
Daun pandan
Daun serai wangi ~ serai wangi ni tak sama dengan serai biasa. daunnya lebih panjang dan melentur ke bawah. Pokok serai wangi lebih merimbun dan daunnya mengeluarkan bau yang sangat kuat.
Daun Lengkuas
Daun kunyit
Daun senduduk ~ biasanya terdapat di semak atau hutan kecil. Mempunyai pokok yang kebiasannya berbunga unggu atau putih.
Daun sekentut ~ tumbuhan renek yang berbatang lembut dan menjalar. Mengeluarkan bau yang agak busuk seakan bau kentut. Ia di katakan dapat mengeluarkan angin dalam badan jika di makan sebagai ulam. Tidak hairanlah ianya di namakan sedemikian
Daun bebuas ~ kebiasannya di tanam sebagai pokok pagar. Mempunyai bunga berwana putih
Daun salam

Selaian daun di atas kita juga perlukan

Halia ~ di hiris nipis tak payah buang kulit, cuci bersih sahaja
Lengkuas ~ tak payah buang kulit, hanya di ketuk-ketuk
Kulit bawang merah ~ kebiasannya 1 guni bawang kita kupas, kulitnya kita guna untuk buat telur pindang
Kulit bawang putih ~ sama juga seperti bawang merah, 1 guni bawang putih yang di kupas, kulitnya di gunakan untuk membuat telur pindang.

Akhir sekali air secukupnya dan juga periuk besar untuk merebus telur.
Kita juga menggunakan dapur kayu atau tungku untuk merebus telur kerana ianya perlu di masak selama seminggu, jika guna dapur gas tak larat wooo...

Jom kita lihat pula kaedah penyediaannya

Daun-daun tadi kita bahagi-bahagikan sebab kita akan susun telur selapis-selapis dan setiap lapisan kita akan alaskan dengan daun-daun tersebut.

Alaskan dasar periuk dengan lapisan daun yang pertama
Kemudian susun telur dalam kedudukan telur tu tegak ( bahagian lebar kat bawah dan runcing di atas) jangan susun telur dalam kedudukan membaring ya. Tujuannya supaya telur tidak mudah pecah selain kuning telur berada di tengah telur nanti.
Penuhkan satu lapisan dengan telur, susun rapat dalam kedudukan telur rapan-rapat supaya dia tak bergegar dan berlaga bila proses merebus berlaku.
Lepas penuh satu lapisan, taburkan daun bawang putih dan bawang merah, lengkuas dan halia yang di ketuk tadi dan juga rempah yang kita dah tumbuk tadi ( jangan tabur semua sebab kita kena tabur sama juga bahan untuk setiap lapisanjadi kena bahagi-bahagikan sama banyak untuk setiap lapisan)
Kemudian tutup lagi dengan daun-daun tadi
Dan ulang semua kaedah yang sama untuk setiap lapisan hingga habis semua telur di susun.
lapisan yang atas sekali kita tutup lagi dengan daun-daun
Akhir sekalai kita masukkan kicap manis, kita masukkan juga asam jawa. Asama jawa ni kita ramas-ramas dahulu dengan air, kemudian kita masukkan dalam periuk tu semua sekali termasuk dengan biji-bijinya sekali.
Taburkan juga baki rempah ratus kita tadi dan juga garam kasar.
Penuhkan periuk dengan air
Kemudian kita rebus lah dengan api yang perlahan selama 1 minggu kalau nak cepat 3 hari pun ok!
Biar aje dia denagn kedudukan periuk di tutup. Atas periuk tu letaklah pemberat macam batu lesung ke.. supaya tak kuat dia bergegar dan telur tak mudah pecah

Lepas seminggu bolehlah di angkat.
Macam mana? ada yang nak cuba..

Telur pindang ni sedap di makan begitu sahaja. Selain enak di masak kurma bersama daging dan juga di buat sambal.

Hari ini ita sediakan Nasi Lemak yang di makan bersama sambal telur pindang.
Telur pindang ini adalah sumbangan kawan-kawan yang mengadakan majlis perkhawinan. Maklumlah musim cuti sekolah ramai yang buat majlis perkhawinan. Banyaklah dapat telur pindang. Di buatkan sambal makan dengan nasi lemak.. perghhh... memang terangkat


SAMBAL TELUR PINDANG

5 biji telur pindang ~ kupas kulitnya
1/2 cawan air asam jawa
4 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan Kisar

20 tangkai cili merah ~ rendam lembut atau rebus dan kisar halus
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inc belacan

Panaskan minyak
Tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan biarkan merenih sebentar
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan telur pindang
Biarkan sambal pekat sebelum di angkat
sambal telur pindang enak di makan bersama nasi lemak.









Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Sambal Telur Pindang