Senin, 25 Agustus 2014
Dah lama betul tak buat kuih seri muka.
Bila Dalili minta ita buatkan kuih serimuka, ita pun mintalah suami belikan pulut.
Dalili memang suka sangat makan kuih tradisional lebih-lebih lagi kuih serimuka.
Kadang hairan jugak ita, bila lihatkan Dalili yang sukakan kuih tradisional. Kalau abang-abangnya memang tak minat kuih mani-manis ni. Tapi kalau suami ita memang sangat suka kuih tradisional lebih-lebih lagi yang manis-manis. Mungkin Dalili menurun sikap dan selera ayahnya..
Bila dapat aje pulut ita terus teringatkan kuih serimuka yang di kongsikan oleh Mama Hawa. Seri muka jagung, memang tak pernah makan.. tapi melihatkan kuih serimuka mama tu seakan memanggil-manggil aje..
Ita terus copy resepi, dan terus godak-godak di dapur.
Tak sabar nak merasa kuih serimuka ni..
Bila dah siap.. Dalili lah yang paling tak sabar.. "cepatlah mak potong.. kita nak rasa.."
"Mana boleh potong lagi.. kan masih panas.. nanti potongannya tak cantik!"
"Tak pe lah nak rasa sikit aje.. " sambung Dalili yang benar-benar tak sabar..
Akhirnya ita mengalah juga.. sebenarnya ita pun tak sabar jugak nak rasa hihi
Bila dah rasa.. emmm... betul lah.. memang sedap sangat seri muka Jagung ni..
Rasanya lemak manis dengan rasa yang sukar nak di gambar.. memang sedap! lembut aje.. dan tak manis sangat.. sedang-sedang aje rasanya.. ita pula memang peminat jagung.. harus ita buat lagi kuih ini..
Adunannya pun tak banyak.. sesuailah untuk kami yang keluarga tak besar ni..
Kepada kawan-kawan yang minat kuih serimuka atau kuih tradisional.. jangan lepaskan peluang untuk mencuba dan merasa sendiri kesedapan dan keenakkan kuih serimuka jagung ni..
SERIMUKA JAGUNG
Resepi Oleh : Kak Rusnah
Rujukan : Mama Hawa
Lapisan bawah ~ pulut
1 1/2 cawan beras pulut
~ beras pulut ni di rendam dahulu paling kurang 2 jam. Kalau suka pulut yang betul-betul lembut rendam semalaman ( 8 jam)
1 1/2 cawan santan ~ campurkan 100 ml santan KARA dengan air dan jadikan 1 1/2 cawan. Kalau guna santan kelapa , 1 biji kelapa parut jadikan 1 1/2 cawan santan.
secubit garam
1 sudu teh butter ~ yang ni ita tak letak
2 sudu besar kelapa parut putih ~ yang ni ita tambah
Ita suka pulut yang ada kelapa parut sebab dah biasa makan dan mengikut resepi atuk ita yang suka letak kelapa dalam pulut. Sedap bila makan nanti tau!
Kesemua bahan di kacau rata dan di kukus. Bila pulut masak, ratakan dan tekan dalam loyang bulat 8 inc dan kukus lagi.
Ita biasa kalau masak pulut, ita masak dalam rice cooker aje. Terpulang lah pada anda semua nak masak cara kukus atau cara macam ita. Jom ita tunjukkan macam mana ita masak pulut menggunakan ricecooker
Pulut yang kita dah rendam hingga lembut dan yang telah di toskan di masukkan ke dalam ricecooker.
Masukkan juga kelapa parut putih, santan dan garam
Kemudian kacau rata
Tanak pulut seperti masak nasi
Bila pulut dah masak, keluarkan dari periuk nasi dan tuang di dalam loyang 8 inc yang telah di sapukan minyak dan dilapik plastik.
Tekan dan padat-padatkan pulut.
Lapisan atas ~ Kuning
1 biji telur ~ buang tali pusatnya
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan santan pekat
1/3 cawan susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar jagung krim di dalam tin
sedikit pewarna kuning
Pukul telur bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan bahan yang lain
Kacau sebentar di atas api hingga berwap
Tuang atas pulut dan terus kukus selama 20 minit
Cara ita, ita masukkan semua bahan di dalam mesin pengisar kecuali jagung manis dan kisar
Kemudian tapis
Tuang dalam periuk , masukkan jagung manis dan masak atas dapur hingga berwap sahaja.
Jika ada buih-buih tu buangkan ya, nanti atas kuih kita tak cantik
Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Masukkan pulut tadi dan kukus sekejap
Keluarkan pulut tadi dan terus tuangkan adunan jagung atas pulut
Balut loyang dengan kertas aluminium supaya air tutup kukusan tidak mrenitis atas kuih
Lubangkan atau cucuk atas aluminium dengan garfu untuk mengeluarkan wap
Masukkan semula di dalam kukus dan kukus semula selama 20 minit
Bila dah masak, tunggu kuih kita sejuk betul baru keluarkan dari loyang.
Gunakan pisau plastik untuk memotong kuih serimuka.
cuba.. jangan tak cuba...
Serimuka Jagung yang sangat sedap!

Tags :
KUIH-MUIH
Related : Serimuka Jagung yang sangat sedap!
Puri sekali makan pasti nak lagi dan lagi..Kawan-kawan pernah makan Puri?Tahu tak apa itu Puri?Puri adalah makanan masyarakat India. Ia di jadikan hidangan untuk sarapan pagi, mahupun untuk makan malam.Puri di ma ...
Potato Fritters saya pun nak cuba juga.. Ramai yang dah mencuba..Anda bila lagi?Hari ini biar ita mencuba pula ya..Sebenarnya dah lama ita nak mencuba Potato Fritters yang telah menjadi viral dan bualan suri ru ...
Cek Mek MolekCek mek molek atau lebih dikenali sebagai cek mek ialah sejenis kuih tradisional yang amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia diperbuat dengan ubi keledek yang dile ...
Minum petang dengan kuih Nona Manis yang enak bangat!Seperti yang di janjikan, ita akan kongsikan resepi kuih Nona Manis. Tapi ita minta maaf sebab ita tak sempat buat step by step sebab ita buat lewat malam.Tapi jangan bi ...
Talam Lapis Pulut HitamAda peminat talam malam ni..?Dah malam baru dapat di tayang kuih talam yang ita sediakan untuk minum petang hari ini.Talam yang bukan sahaja cun melecun ni.. tapi juga s ...