Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Sabtu, 20 September 2014

Lagi.. lagi... kek..


Assalamualaikum
Salam hujung minggu.
Minggu ni agak sibuk sikit.. kena siapakan beberapa tempahan kek ulang tahun dan kek perkhawinan. Dah lama ita tak kongsikan kek yang ita buat kan.. Sebenarnya ita tak banyak ambil tempahan memandangkan anak ita Dalili masih lagi exam. Tapi ada juga yang ita kena siapakan sebab mereka dah tempah awal.

Hari ini ita kongsikan beberapa kek yang ita dah siapkan. Kek ni ada yang dah lama ita buat, tapi ita tak ada masa nak masukkan dalam blog. Entahlah mood ni kadang ke laut aje.. Jom lah cuci mata lihat kek yang ita dah siapakan ini.




Ini arty cake.
Kek tiga tengkat buttercream. Tema garden weading
Tema green dan off white


Ini pula antara koleksi kek hantaran. Ada yang daripada pihak lelaki untuk perempuan dan ada yang dari pihak perempuan untuk lelaki.

Desingn kek ni ada yang ita dah buat sebelum ini. Tapi customer nak kek yang sama jugak.


Ini pula antara koleksi kek ulang tahun yang sempat ita siapakan. Selamat ulang tahun kepada semua.. Semoga di berikan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki...


Ini pula cup cake untuk majlis perkhawinan






Ini pula kek perkhawinan 2 tier.
Customer memberi kepercayaan 100% pada ita untuk deco kek tempahannya.
Ita memilih gold dan coklat untuk wrana, tak sangka bila hantar rupanya temanya sama dengan warna yang ita pilih... alhamdulillah..




Ini pula kek bakul bunga 2 tingkat
Tema nya biru kelabu.
Lupa pulak ada yang tanya tentang warna daun yang ita gunakan untuk kek bunga yang selalu ita sediakan.
Untuk warna hijau ni ita gunakan campuran beberapa warna hijau iaitu, Electric Green, Avacado dan Juniper Green. Campur warna ni satu-satu dahulu. Mula campur warna hijau Electric green dalam adunan buttercream, kacau rata. Bila dah rata baru campurkan pula warna Avacado, kacau rata. Bila dah rata betul, baru campurkan Juniper Green, campur sikit-sikit dahulu sebab Juniper ni warnanya gelap, takut terlebih letak nanti hijau gelap sangat. Bancuh warna sampai anda dapat warna hijau yang anda inginkan.

Untuk warna biru kelabu ni pula ita guna warna, Corn Flower Blue.

Kepada yang tempah kek ni.. terima kasih ita ucapkan. Ita minta maaf jika ada kekurangan.. sesungguhnya setiap kelemahan itu datang daripada ita.

Untuk tempahan boleh wassap atau msg : 017 7279179




Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Lagi.. lagi... kek..

  • Jambatan AsmaraAssalamualaikum.. dan selamat malam semua.. Ada yang dah nak tidur ke? Ita masih lagi belum boleh lelapkan mata, nak kena siapakn kek khawin untuk esok hari pulak.Ok mal ...
  • Kek Dora untuk Iris Terima kasih kepada yang membuat tempahan.Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja. Ti ...
  • Kek Khawin 2 tingkat bunga-bunga.. Hari ini sempat menyiapkan kek khawin 2 tingkat untuk majlis perkhawinan. Kek ni dalamnya adalah kek ombre biru sebagaimana pilihan pengantin. Tema perkhawinan adalah b ...
  • Gift Box CakeSatu lagi kek hari ini, kek Gift Box untuk hantaran.Kek ni dalamnya adalah kek red velvet.Kek ni adalah kek buttercream hiasan ribon dari gumpasteTema kali ni ialah mage ...
  • Kek Jamuan Akhir Tahun Sek Seri Alam 2Bila tiba penghujung tahun, banyaklah sekolah yang mengajurkan majlis perpisahaan terutamanya untuk murid-murid tahun 6 di sekolah rendah dan tingkatan 5 di sekolah mene ...