Aneka Resep Masakan Paling Lengkap Seluruh Dunia

Sabtu, 15 November 2014

Devil's Food Choc Kek paling besar yang pernah saya buat



Seperti biasa hujung minggu ita terisi dengan aktiviti menyiapkan tempahan kawan-kawan. Selain kek Angry Birds semalam ita juga kena siapkan sebiji kek ulang tahun untuk Danish Kumar. Kek di tempah oleh auntie Danish, Pria untuk birthday boy. Happy Birthday Danish.. wah.. dah 21 tahun dah umur Danish, sudah melangkah ke alam dewasa.. Kata orang kalau 21 tahun dah mendapat kunci kebebasan.. itulah yang di idam-idamkan oleh setiap remaja.



Ini adalah kek Devils Food Choc kek yang paling besar pernah ita sediakan. Bukan sahaja besar malah teramat berat. Kek bersaiz 20 x 10 ini hampir tidak muat untuk ita masukkan dalam peti ais. Lapik kek pula agar sukar nak dapatkan mujur ada satu kedai tu ada jual.. itu pun katanya ada customer tempah tapi tak ambil.. jadi ita pun belilah. Bila dah letak kek tak muat pulak nak masukkan dalam peti ais. Peti ais ita tak dapat menampung kek yang besar ni.. mujur suami ita ada.. seperti biasa Macgver ita pun oterlah lapik kek tu supaya dapat di muatkan dalam peti ais.. aduyaiii... panik ita di buatnya..

Pria minta ita letakkan satu figurine lelaki sedang memegang mic bersama DJ set. Dia juga sertakan gambar Danish untuk ita jadikan rujukan. Seperti biasa ita akan ubah karektornya menjadi kartun.. hihi.. harap Danish suka..


Kepada yang ingin membuat tempahan boleh wassap atau msg ke talian 017 7279179
Tempahan untuk Johor Bahru sahaja. Tiada penghantaran untuk luar JB
Tempahan hendaklah di buat satu bualan awal.



Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Devil's Food Choc Kek paling besar yang pernah saya buat